Sedikit Info yang saya baca dan ingin berkongsi bersama anda ! Terima kasih ! jom sebarkannya :)
Bagaimana GASTRIK vs KANSER PERUT
===============================
Masyarakat selalu beranggapan apabila sakit atau
senak perut, ia berkaitan dengan masalah gastrik, padahal ianya mungkin
berkaitan penyakit lain yang membabitkan gejala sama tetapi punca berbeza
seperti sakit ulu hati, apendiks dan ulser perut. Namun, langkah sebijaknya
ialah membuat rawatan terbaik untuk memastikan seseorang itu mengidap penyakit
gastrik atau sebaliknya.
Gastrik biasanya
terhasil kesan daripada alkali yang terdapat dalam perut yang mana perut
merupakan kawasan rembesan asid yang berfungsi untuk menghancurkan dan menyerap
bahan-bahan makanan. Pada waktu yang sama, asid sedia ada yang membantu
mencerna makanan berkumpul pada bahagian terbabit bersama asid yang terhasil
secara semula jadi berdasarkan tindak balas kimia. Apabila lapisan dalam perut
semakin terhakis, ia tidak mampu menjalankan tugas dengan baik dan akhirnya
menimbulkan keradangan.
Gastrik atau dalam bahasa perubatan, gastritis adalah
sejenis penyakit keradangan pada dinding perut yang berpunca daripada jankitan
bacteria helicobacter pylori (H.pylori). Jika tidak dirawat
dengan segera, gastrik ini boleh menjadi penyumbang utama kepada ulser perut
dan juga penyakit-penyakit lain yang lebih serius.
Jika lambat dirawat, gastrik boleh membawa
kepada penyakit yang lebih serius seperti ulser perut yang boleh mengakibatkan
pendarahan. Pendarahan berlaku apabila ulser berkenaan menhakis diniding perut
sehingga terkena pada saluran darah dan menyebabkan pengaliran darah ke dalam
perut yang tidak terkawal.
Pendarahan di dalam perut memberi risiko tinggi
kerana pengidap akan mengalami muntah darah, selain najis berwarna kehitaman.
Pada tahap ini, rawatan endoscopi segera akan dijalankan untuk mengawal
pendarahan dalam perut. Jika tidak dikawal secara endoscopi, pembedahan segera
perlu dilakukan dengan segera. Malah, kemungkinan besar pengidapnya berisiko
tinggi untuk mendapat kanser perut.
Walaupun pada peringkat awal gastrik tidak
mengancam nyawa, tetapi jika tidak mendapat rawatan sewajarnya, ia boleh
mengundang maut. Bagi mereka yang dijangkiti H.pylori, akan diberikan ubat
antacid, iaitu sejenis ubat yang meneutralkan asid hidroklorik yang dirembeskan
di dalam jus pencernaan perut.
Selain itu, beberapa ubat-ubatan lain juga boleh
digunakan bagi mengurangkan keradangan gastrik seperti Proton Pump Inhibitor
(PPI) dan H2 Receptor Antagonist.
PUNCA BERLAKU GASTRIK
·
Merokok
·
Minum minuman beralkohol
·
Tabiat pemakanan yang mengundang tekanan
·
Gaya hidup yang tertekan mengundang tekanan
·
Pengambilan bahan kimia seperti ubat Non-Steroid Anti Inflammatory
Drug (NSAIDs)
·
Pengambilan minuman berkafien seperti kola, kopi dan kafein boleh
bertindak seperti diuretik
yang boleh menyebabkan pembuangan air berlebihan dan
mengakibatkan badan kekurangan
air dan garam
TANDA-TANDA GASTRIK
·
Sakit bahagian atas perut (ulu hati)
·
Terasa loya
·
Kurang selera makan (tanda kanser)
·
Berat badan menurun (tanda kanser)
·
Najis kehitaman atau berdarah (dijangkiti ulser perut)
·
Sendawa
NASIHAT UNTUK PENGHIDAP GASTRIK
·
Makan tidak terlalu gelojoh atau terlalu banyak bagi mengelakkan
senak perut dan sebu.
·
Elakkan daripada makanan berminyak, berlemak, pedas, berempah dan
masam.
·
Elakkan tabiat terus tidur selepas makan kerana boleh menimbulkan
masalah pada sistem
penghadaman.
·
Elakkan makan sepanjang malam. Seeloknya tiga hingga empat jam
sebelum tidur.
·
Minum air secukupnya untuk mengelakkan kekurangan air dalam badan.
·
Pengambilan sayur yang mencukupi.
·
Elakkan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi
seperti kuih muih, pencuci
mulut dan minuman bergula.
·
Kurangkan pengambilan minuman berkafein.
·
Seeloknya ambil makanan tambahan seperti oak, susu masam (yogart).
·
Elakkan merokok (kalau boleh, jangan merokok).